Wednesday 20 November 2013

Majlis Pertunangan Pika & Apit

Assalamulaikum & Salam 1 Malaysia


Nak update pengalaman baru nih ! Sharing is caring kan :) 


Nak share pengalaman kali pertama bertunang. Nahai macam banyak kali je bertunang aku ni kan. So Majlis Tunang Pika + Apit  (MTPA "bagi nama pendek") ni telah diadakan secara sederhana pada 23/12/2012 (Ahad la kot). So sehingga ke hari ini (21/11/2013) aku dah jadi tunangan syafiq selama 10 bulan 4 minggu (wawawehh lama jugak). Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini tiada masalah yang paling major yang berlaku antara kami (minor ada la sikit2, tipulah kalau takde). Btw kami sentiasa mengharapkan tiadalah dugaan dugaan yang berat hingga ke tarikh perkahwinan kami nanti. Semoga semuanya dipermudahkan olehNya. Amin.Perancangan bertunang tak sure bila. tahu2 je awal bulan 7/2012 tefikir nak bertunang, sebab macam dah lama je bercinta. So kami berdua pon bincang la nak buat bila MTPA tu. Disebabkan family syafiq org jauh so kami kene pilih tarikh cuti umum yang cutinya lama. yela kesian kat rombongan lelaki nanti Kedah - Selangor cuti nya berbeda. tapi tak decide lagi lah tarikhnya. cuma bincang2 gitu je. Tuptup Hari raya ke 3/2012 pihak lelaki datang merisik. Kalut lahai masa merisik tu. sbb bajet nak datang raya je. sbb me n family masih dikampung untuk beraya. syafiq pulak tak bagi details betol. kelam kelibut me n family balik kajang. Masa merisik tu dah hantar cincin risik sekali, deme pon bincang2 le sesama org tua (Cincin rasa lama dah beli, tapi tak tahu nak buat bilenya). yang aku pulak kat dapur bajet2 tersipu malu. Then dah dapat tarikh dorang tanya aku setuju ke tidak nak buat bulan 12? Gila tak setuju, penat je becinta lelama wat pe. aku on je lee. Pehtu buat rileks la dlu sebab ada lagi 3 bulan (ala ape ada hal lambat ag), lepaih bulan 11/2012 baru teringat hujung tahun ni nak tunang. Nayaaa boleh telajak lupa. Kalut carik barang, dengan syafiq tak dapat cuti sbb outstation, so aku minta tolong ashila untuk uruskan sume sume ni. Sykur dia ada. Dia lah tulang belakang yang menjayakan MPPA ni dan dia org yang banyak membantu & sentiasa memberikan pendapat. Ilebiu shila !Persiapan pertama dimulain dengan pencarian barang hantaran. aku berdua je ngan shila carik barang hantaran daripada pihak perempuan. Pihak laki serah sume kat syafiq, pepandai la kamu mencariknya. ahaha. Sebab shila ada keadaan tak jadi kalut sgt. sbb dia adjust pelamin & makeup. awok BFF shila, dapat leww adjust rege. Nama Andaman pun lupe dah. sorry ! Catering abah yang adjust kawtim kawtim dapat best price jugak. Lauk pauk ritu dah lupe, tapi ramai kata sedap. Nama Catering "Sri Jelok Alimah Catering" Rezeki awokk. hehe. Next Barang hantaran. Decide nak buat 9 berbalas 7. Tapi jadi berlebih2 pulak sebb sedara mara ramai, suma nak tolong sponsor. Murah rezeki awak sume yang tolong sponsor barang hantaran. Hantaran pihak Perempuan ---> sireh junjung, Bajumelayu & songkok, belt & wallet, kek keras, buah buahan, sejadah & kain pelikat, coklat, poutpouri, manisan yang cantik, kek Secret Recipe, Muffin, Cupcake Ladybird, Cupcake tulis2 nama (itu je yang ingat. ada lagi. tapi lupe. maaf)Hantaran pihak Lelaki ---> sireh junjung, cincin, telekung, handbag, coklat, nata de coco, tepak sireh, coklat berbentuk duit emas, kuih bahulu ikan & buah buahan.*Gubahan hantaran pihak perempuan mintak tolong kakeffa (kajang) buat, Semua dia buatkan. Ilebiu kakeffa. Pihak laki tak tahu, mungkin makcik (sungai petani) yang deco :)Photographer takyah kot. Pakcik aku pon photographer kat UPM nun. kamera adik aku pon ada. so tak yah membazir yo. kita ikut budget yang hado. hehehe.Doorgift bagi kat pihak lelaki je, lebih sape cepat dia dapat. Budget budget. Mineral Comel (sponsored by kakelsa) + muffin gardenia is the doorgift on thatday ! YeayyyDone for preparation ! Next hari MTPA. Gilos neves nya. sampai gigil. Nasib shila sentiasa disisi aku. Pagi tu dah sesiap sume. so dok dalam bilik. tggu pihak lelaki sampai dan mulakan perbincangan. Bila nak doa baru boleh kelua. Doa semua dah setel My Future Mother In Law (MFMIL) datang nak menyarungkan cincin. Ahhhhh sudah darah gemuruh turun dah, buat hal time ni pulak dah, nak bagi jari tu teketar ketar. sampai MFMIL* tegur "ehhh, ni ada yang tersalah masuk jari ni pulak kang" tambah pulak adik sedara ngan abang aku bahan bahan aku dari belakang (ingat aku tak dengar ke korang bahan bahan aku woi. hahaha). Mengeletar sampai menangis. Airmata tak berenti. shila n makcik yang calm kan aku. huwaaa. malunyee. sume nampak aku nangis ! nak repeat MTPA ni boleh tak. aritu spoil sbb nangis. hehehe. Taktahu la ini baru tunang dah mengeletar  sampai nangis. Kalu nikah & kahwin nanti pengsan agaknya. HAHAHA. So bincang ritu insyallah nak ikat setahun je. tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan terpaksa tunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ceeeewaah !Ya allah semoga segalanya dipermudahkan & berilah kekuatan semangat ketika hari perkahwinan kami nanti. Insyallah. AminMeh tengok sikit gambar sekitar MTPA 


 Apit + Pika


 Separuh daripada Hantaran Pihak Perempuan

 Senyum demo !

 Standby je ni :)

 Salam MFMIL*

 Masa ni dah menangis, muke pon dah tak semenggah. HAHA



Okehh ! sampai sini je coretan kali ni ! dah smpai ke petang dapat idea nak menaip.
Btw nak ucapkan TQ kat kakelsa sbb bagi kata kata semangat untuk nak update belog ni. Ilebiu kak ! kalu tidak besawang la gamaknya :)

XOXO
Pikaaaa

Sekian 
Terima Kasih.

Sunday 7 April 2013

Happy 4th Annivesary sayang

Assalam'mualaikum,

5 April 2013
Alhamdulillah 4 years we have been together

Syukur Alhamdulillah

Terima Kasih ALLAH
kerana kau kurniakan aku
Cinta dan seorang insan yang ku rasakan TERbaik untukku
yang nanti Insyallah dapat menjadi Imamku
Dapat menjadi ayah yang baik & penyayayang
kepada bakal anak-anak kami
Dapat menjagaku Dunia & Akhirat
Semoga dia adalah jodohku 


Terima Kasih
Muhammad Syafiq a.k.a Tunangku
kerana selalu 
berada disampingku & menjagaku
diwaktu susah mahupun senang,
penuh kesabaran dengan sikapku,
menegurku jika ku alpa
menjadi sumber inspirasiku
tak jemu bersamaku.

Terima Kasih Ya Allah kerana telah membahagiakan kami hingga ke hari ini. Sesungguhnya kami berharap hubungan ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa kami. Jika kami memang ditakdirkan untuk bersama. Izinkan kami untuk merasa kasih, cinta dan sayang. Jodoh pertemuan di tangan ALLAH SWT. Andai ditakdirkan kami tidak dapat bersama sehidup semati, kami redha dengan ketentuan Allah SWT. Kami hanya merancang. Sesungguhnya pilihan Allah SWT adalah yang terbaik. Tetapi kami berjanji akan berusaha dan tidak akan berputus asa untuk memperketatkan lagi hubungan yang sedia terjalin ini. 
InsyaAllah :)


Sayang ! This is for you
Happy Anniversary to my sweet tunang !
For you, I thank the lord above
You've given me hope, inspiration and truth
Because of you I feel never-ending youth
How can I ever tell you that
You mean the world to me
All the little things you do
Sweet words and golden smiles
Makes me love you even more
Being with you is all I need
To know my life is complete
You are my true love


XOXO
Pikaaaa


Sekian
Terima Kasih.










inspiration from other blogger
Thanks to them <3





Friday 15 June 2012

Happy 1'st Annivesary & 3'rd Annivesary sayang


Asalamualaikum. Actually tarikh ni dah lepas, tapi nak share jugak dekat blog aku ni. Pada 5 April 2012 yang lepas aku menyambut 2 Annivesary pada tarikh yang sama. So kat sini aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun yang Pertama buat si Hitam Manisku & Selamat Ulangtahun yang Ketiga buat cik abang sayang <3 Semoga Kamuu berdua tetap setia dalam hidupku. Aminnnnnn
  ! ILOVE BOTH OF YOUUU SAYANGGG<3THANKS FOR EVERYTHING !



  Special Flower for youuu ~

 Happy Annivesary to my sayang sayang ~

 Thank you hitam you're always at my side ~


 Selamat Ulangtahun Ke3 sayang. Thank you for all this concern to me! Sukaduka kita bersama <3
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ILOVE YOU

Terima Kasih.



Thursday 14 June 2012

Officemate Tersayang !

Assalamualaikum & Salam satu malaysia. Hye guys ini  adalah post terbaru aku. Lame gile tak update blog, busy manjang almaklumla kerja bertambah tambah. Fuhhhhh ~  so today aku nak cite pasal officemate tersayang aku. Alhamdullilah nak dekat 2 tahun aku kerja kat sini, sangat seronok dengan adanya officemate yang sangat cool. Dahulunya aku diletakkan di Unit pendaftaran & Hal Ehwal Kursus bersama kak eza comeyyy & kak kinah. Dah syok syok n rapat rapat ngan kakeza, dah selesa bekerja dengan dia tibe tibe kene tukar unit lagi dafuq betul lah.  Kak eza & kak kinah dipindahkan ke office lain tinggal ler aku sorang di office lame dengan takde bosnye, dah macam anak kene buang je aku ni. Sebulan due jugak la aku ni takde boss, boss tiri ada la. HAHAHA. Akhirnya aku dikurniakan boss baru n geng staff yang baru kak baiti & kak ina. tapi aku tak rapat sangat dengan kak ina, sebab dia dah kahwin (geng ibu ibu anak lebih 1), aku bujang still ulang alik ke office kakeza untuk menghuruharakan office die. HEHEHE. Sebulan dua kemudian CEO ku yang baik hati telah memberi hadiah kepada kami iaitu staff baru yeayyy kurang sikit kerja kami. Kak Elsa, nama nak top je. HAHAHA. orangnye baik, manis, cakap lepass, takde cover cover punye la Made in Sabah bah. Sejakk kak Elsa masuk aku rapat dengan die je la (tapi die ni geng ibu ibu jugak), dah tak bole nak merayau sangat ke tempat kak eza sbb boss bising aku asik hilang jewww. Jumpee kakeza time lunch je (Aku sayang KakEza & Kak linda, Kak Funna, Kak Ezan smpai skang, mereka adalah myfirst officemate) . Dunia ni kecik je ex student ikm yang aku rapat dulu boleh plak jadi staff sambilan kat Unit exammm. HAHAHA. Haaaaa dulu senior sangat kan kat IKM skang turn aku plak senior kan kau kat office ni. Geng lunch aku yang hari hari akan kelua bersama ialah Kakeza, Kaklinda, Kak Funna (Dah tukar kerja lain ), Black Ex IKM, Rody (skang dah benti, kerja tempat lain), Kak ezan, Abg Epul. Tapi skang staff kat office ni makin kurang rombak lagi, Bosan aku rombak rombak ni, Kak ina kene tukar ke unit Exammm, Kak Elsa stayy ngan aku (Yeaayyyy), boss pun stay , pastu dapat geng baru ganti tempat kak ina, Adelia (Sebaya gua derr) die sangat comelll, gatal, gelak kelaka & sporting. Kami bertiga rapat jugak la skang . Akibat semua ladies dalam Unit aku ni kami bertiga memang suke buat gossip. HAHAHA. sampai la sekarang kami tetap teguh bersama dalam satu unit, cume Kak Elsa tu je die tak dapat sambung kontrak (Boring doh kalauuuu die takde, dia lah batu api antara aku & adelia). Ya allah kau lembutkanlah hati MD untuk serappkan Kak Elsaaa. Aminnn. Semoga persahabatan kami semua kekal sampai bile bile. Mintak mintak lah lepas ni takde nak rombak rombak lagi. Tak sanggup nak rasa kehilangan lagi. Mehhhhh nak share gambar OFFICEMATE TERSAYANG ! sayang semua <3
.
.
.

                                                  
  Inilah Adelia Fitri <3

 Kak Elsa Sayang & Kak Faraaa Comeyyy <3

Irfan, KakWati, KakEza, KakZ, KakLinda <3

 Lunch hour <3

 Inilah KakEza kesayangan hamba <3

Best Officemate :)

Terima Kasih.








Monday 1 August 2011

Terima Kasih Sam!

Assalamualaikum.

Post kali ni aku nak cerita tentang kemuliaan hati bapa menyemponsor galaxy tab.
Terima kasih bapa kerana bermulia hati menyemponsor tab ini. ntah macam mana terbuka hati nak belanja we all. hehehehe. Memang da lama hidam-hidamkan benda nih. tak sangka bapa akan belanja. hehehehe. Yela aku manela mampu nak beli benda, gaji berapa sangat. nak bayar kereta lagi. bayar itu ini lagi kan. ape ape pon terima kasih bapa. Saya sangat Sayang Bapa. Hehehehehe :)

Terima Kasih.

Wednesday 8 June 2011

Berjimba-jimba

Assalamualaikum.

Hari mahu talk about my trip holiday to sungai petani. Fuhhh rindu GILA dengan sungai petani. Cecececece. sebenarnya rindu kat cik abang yang ada kat sungai petani tu. hehehehe. Okayy la jom kite start cite mahu?
Last week aku apply cuti selama 7 hari. Wow banyak lama wooo aku cuti. yela aku nak balik kedah. FUTURE KAKAK IPAR KU KAHWIN YA! bukan kami. kami lambat lagi. so aku suruh la cik abang sayang drive kereta, yela jauh kan tak berani aku nak drive sensorang. cik abang pulak kne keja balik gerik time hari kenduri. so dye terpaksa la bawak aku balik kedah lebih awal dari hari lansung kenduri. so kat sana aku dapat mengpraktiskan diri ini supaya menjadi rajin kepada lebih rajin. hehehehe, kat sana bangun pon awal, 7 pagi mata celik, terus mandi then buat2 rajin tolong2 buat kerja, padahal kalu kat ruma sendiri selagi tak jam 12 tghari takkan celik mata ni, mata ni mengada2 kan. Cik abang sayang kan tade kat sP so aku sebagai bakal menantu pegi la teman ibu mertua kemana saja. bejalan sakan la time tu. tempat paling dalam aku penah pergi kampung tanah lincin, pehhhhh memang dalam gile la kampung tu, kne redah 3 ladang kelapa sawit, pencawang TNB, sungai la semata-mata untuk pergi ke kampung tu. tujuan nak ke kampung tu nak amik ape ntah. aku pon tak engat. Lepas tu balik sP ntok persiapan akad nikah. nikah hari khamis, pelik kan? jumaat tu tade pe function, sabtu baru kenduri belah perempuan. Ahad pula belah lelaki. malam pula sibuk dengan macam2 function. Isnin baru la nak bejalan ke Tupah la, Tg. dawai n gerik. Memang cuti yang memenatkan. Tak dan la kan aku nak rehat. So kat sini ada beberapa pic untuk tatapan umum sepanjang trip aku ke sungai petani, kedah.


Cik abang yang keletihan memandu.


aku yang sentiasa tersenyum lebar apabila sampai disana.



kami yang gila kamera. hahahaha~


pengantin tersipu-sipu~

Lokasi : Masjid Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah
Acara : Majlis Akad Nikah
kisah mungkin akan bersambung
Terima kasih.